BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 14 Mac 2010

Shoutul Munawwirin...Sri Aesyah

Assalamualaikum.
Lama sangat aku tak menulis di sini. Maklumlah, sibuk dengan sekolah...he..he. Sekarang aku dah masuk menengah. Aku bersekolah di Sri Aesyah. Dalam tempoh hampir tiga bulan berskolah, berbagai aktiviti telah ku sertai. Antaranya debat, sukan dan juga nasyid. Di sini aku letakkan beberapa keping gambar terbaru kumpulan nasyid sri aesyah.

Inilah kami...Shoutul Munawwirin. Aku, Azham yg bersize kecil sekali, Hanis yg m'megang guitar, Hafiz yg m'megang keyboard tu dan yang handsome berbaju 't' biru tu, guru pembimbing kami, Ustaz Zaki namanya. Alhamdulillah.. aku terpilih menganggotai kumpulan ini. Kami telah beberapa kali membuat persembahan di sekolah. Bersama Ustaz Zaki, beliau merancangkan aktiviti yang menarik untuk kami.

Gambar ni masa kami singgah ke One Utama Damansara. Sebenarnya kami nak menuju Hijaz Record (jangan tak percaya!!), sempatlah 'posing'...
Kenapa 'vest' aku lain? sebab...aku xde 'kot'. ini pun ustaz zaki yang pinjamkan. he..he... ada juga...alhamdulillah. oh ye, ada 2 orang ahli kumpulan kami yang tak ada dalam gambar sebelum ni, iaitu abg Syed di sebelah kiri sekali dan abang kareem di sebelah kanan sekali.


Gambar ni masa kami buat 'recording' lagu sekolah di studio hijaz record!! tak percaya??

Betul!!! ni gambar kami kat luar studio. Santai-santai...sebenarnye waktu ni blackout


Ha!!! Ni bukti kami dah sampai ke Hijaz Record. Alhamdulillah..


Gambar ni masa kami gi 'shooting' di putrajaya. Kami nyanyi lagu sekolah je...he..he. Aku jadi 'minor'. Apa 'minor' tu? mmm...kata ustaz 'suara tengah'...sikit2 macam 'base'.. bolehla...

Oklah. sampai sini jelah yang aku boleh tulis...huh...huh...penat....








0 comments: